Adakah Baju Sublimation Masih Relevan Masa Kini ?

baju sublimation

Kenali Teknik Membuat Baju Sublimation

Sublimation Printing ialah salah satu teknik mencetak baju yang popular digunakan dalam industri percetakan khususnya untuk T-Shirt & Cenderahati. Pada artikel kali ini, kami ingin menerangkan berkenaan apa yang dimaksudkan dengan Sublimation Printing. Melalui pemahaman ini dapat menambah pengetahuan anda agar tidak keliru semasa membuat tempahan pada masa akan datang. Antara produk yang boleh dihasilkan dengan Teknik Sublimation Printing, antaranya ialah t-shirt, mug, lanyard dan banyak lagi.

Sublimation Printing adalah kaedah percetakan yang dimulakan dengan pemindahan design dari printer ke atas kertas khas (Sublimation Paper). Seterusnya dari kertas pula design dipindahkan ke atas kain atau pun material lain. Design dipindahkan ke atas kain dengan menggunakan teknik pemanasan & tekanan (Heat Press). Teknik ini akan menjadikan dakwat diserap masuk ke dalam dalam kain.

Teknik ini hanya boleh digunakan ke atas material kain sahaja

Berikut merupakan senarai pendek proses-proses Sublimation Printing Pakaian:

1. Proses penyediaan design ataupun artwork.
2. Proses mencetak design ke atas kertas sublimation menggunakan printer khas (Sublimation Printer).
3. Proses pemindahan design dari kertas khas ke atas fabrik menggunakan Heat Press
4. Proses menjahit kain yang telah didesign menjadi t-shirt.
5. Proses QC (Quality Control) & proses pembungkusan baju.
6. Proses delivery kepada pelanggan

Antara kelebihan Teknik Sublimation Printing

1. Tiada had warna cetakan kerana printer sublimation mampu mencetak full color printing.
2. Kualiti cetakan yang tahan lama dan berkualiti tinggi.
3. Warna cetakan tepat dengan design yang dihasilkan.
4. Harga yang berpatutan bergantung pada kuantiti tempahan dan jenis fabrik.
5. Bebas mencetak pelbagai bentuk design & pattern pakaian.

Mohaiz Printing, berpengalaman lebih 10 Tahun dalam bidang percetakan pakaian. Sekiranya ada yang berminat untuk membuat tempahan baju, jersi pasukan dan baju korporat, kami disini sedia memberikan khidmat servis yang terbaik.

Dengan harga yang sangat berpatutan dan semestinya terus dari kilang. Untuk pelanggan yang mempunyai sebarang persoalan atau perlukan rundingan harga mengikut bajet anda. Boleh hubungi kami 011-6863 6068 untuk sebarang pertanyaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *