Tentang Kami

Siapa Kami

Mohaiz Printing & Textile

Kami pakar dalam industri percetakan seperti Sublimation, Banner Bunting, DTF, Silkscreen, Pencetakan UV, Sulaman dan banyak lagi.

Kami merangkumi keseluruhan proses pembuatan pakaian dari A hingga Z bagi memastikan pengalaman tempahan baju anda berjalan lancar tanpa sebarang kerumitan.

Visi

Menjadi pilihan utama dalam percetakan dan pembekal bahan percetakan terbesar di Pantai Timur.

Misi

Menyediakan perkhidmatan yang cekap, berkualiti tinggi, dan menepati masa kepada pelanggan individu, agensi, serta korporat.

Kualiti Terjamin

Kilang Sublimation Terbesar
di Pantai Timur

Memberikan Khidmat Yang Terbaik Dengan Kelengkapan Yang Terkini

Syarikat Kami

Kepercayaan Anda,
Matlamat Kami

 

 OUR STORY

Ditubuhkan pada Februari 2019 dengan nama Sakura Printing. Kemudian syarikat kami telah membuat penjenamaan semula sebagai Mohaiz Printing pada Mac 2022.

Kami bermula hanya dengan beberapa mesin jahit. Hari ini, dengan pengalaman hampir 10 tahun, kami berbangga menjadi salah satu kilang percetakan terbesar di Terengganu.

Mohaiz Printing sekarang dilengkapi dengan mesin moden dan berteknologi tinggi, kami mengendalikan setiap aspek dalam proses pembuatan pakaian – bermula daripada cetak design, pemotongan pola, jahitan, pembungkusan hingga sampai ke tangan pelanggan.

Sehingga kini, kilang kami mempunyai lebih 50 orang pekerja dengan kapasiti pengeluaran mencecah 2,000 helai T-shirt setiap hari. Pada waktu kemuncak, kami mampu menghasilkan sebanyak 50,000 helai T-shirt dalam tempoh sebulan.

Kilang kami beroperasi di Terengganu sejak tahun 2019 dan bekerjasama rapat dengan ejen, pengedar, pemborong serta syarikat perdagangan dalam penyediaan keperluan untuk pelanggan dari pelbagai industri.

Pada tahun 2022, kami telah menambahkan lot bangunan kami bagi membolehkan pekerja kami memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggan.

Kualiti Printing Terbaik & Memukau !

Dengan menggunakan teknologi pencetakan yang terkini dan bahan berkualiti tinggi, Mohaiz Printing menghasilkan cetakan yang realistik dan tahan lama yang pasti akan memukau pelanggan.

Sama ada anda ingin mempromosikan perniagaan, membuat hadiah yang direka khas, atau merekabentuk pakaian anda sendiri, Mohaiz Printing boleh membantu mewujudkan visi anda.

Rakan Niaga

Kenali Kami

Sentiasa Berikan Yang Terbaik

Carta Organisasi Mohaiz Printing